Sampel DNA waris dan keluarga mangsa diambil

Posted: December 31, 2014 at 2:44 pm

Semua mangsa terkorban akan ditempatkan di Hospital Bhayangkara, Surabaya, kira-kira 30km dari lapangan terbang.

SURABAYA: Unit Identiti Bencana (DVI) Polis Daerah Jawa Timur telah mengambil sampel DNA waris dan anggota keluarga untuk mengenal pasti identiti ketika proses pemindahan mayat pesawat malang AirAsia Indonesia QZ8501 memasuki hari kedua.

Ketua DVI Jawa Timur Komisioner Besar, Budiyono berkata, maklumat membabitkan 15 orang daripada 93 keluarga itu telah dilengkapkan sejak hari pertama kejadian dan pihaknya menjangka ia akan bertambah pada hari Rabu.

Mengikut SOPnya, maklumat yang diperlukan adalah gambar mangsa, rekod perubatan, sampel DNA dan ciri-ciri fizikal mangsa.

Maklumat ini penting untuk memudahkan proses pengecaman mangsa dan urusan untuk menyerahkan (mayat) kepada keluarga secepat mungkin, katanya pada sidang akhbar di Pusat Krisis di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, 40 kilometer dari Surabaya.

Beliau berkata pihaknya sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menerima jenazah penumpang dan kru pesawat itu sebaik tiba di medan parkir lapangan terbang ini.

Laporan media menyebut enam mayat membabitkan tiga lelaki dan tiga wanita termasuk seorang kru penerbangan, kini dalam proses untuk dibawa keluar oleh pasukan misi mencari dan menyelamat di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, kira-kira sejam penerbangan dari Surabaya.

Cuaca buruk termasuk ombak setinggi tiga meter menjejaskan operasi itu untuk mencari baki mayat penumpang pesawat yang dalam perjalanan ke Singapura itu.

Budiyono berkata, kesemua mangsa terkorban akan ditempatkan di Hospital Bhayangkara, Surabaya, kira-kira 30km dari lapangan terbang, untuk proses bedah siasat dan mengenal pasti identiti.

Jelasnya, hospital itu juga sudah dipersiapkan dan mencukupi untuk menampung mangsa membabitkan sebanyak 150 ruang dilengkapi pendingin hawa jika jenazah tiba nanti.

See the rest here:
Sampel DNA waris dan keluarga mangsa diambil

Related Posts